Thursday, January 27, 2011

Nota Buat Isteri...

Buat mereka yang sudah berkahwin...atau yang belum...kepada lelaki...semoga menjadi lelaki yang soleh...wanita yang solehah...semoga nota ini menjadi pengajaran...dan bersama membina rumah tangga diredhai ALLAH...

Assalamualaikum...
Salam cinta dariku wahai isteriku...
Semoga dikau digolongkan sebagai kekasih ALLAH Azza Wa Jalla...
Ku nukilkan buat dirimu...
Kata cintaku ini...
Yang lahir dari hati yang tulus mencintaimu...

Wahai kekasih hatiku...
Masihku ingat saat pertama pertemuanku denganmu...
Saat itu dikau hadir di hadapanku...
Didalam sebuah majlis ilmu...
Sebuah taman dari taman syurga...
Taman syurga yang membicara keesaan Tuhan...
Mengagungkan sifat-sifat ALLAH..
Lantas kau tundukkan pandanganmu...
Tanda malunya dirimu untuk dipandang si mahram...

Wahai cinta hatiku...
Malunya seorang wanita...
Harta yang paling berharga di alam fana ini...
Kerana jika hilang lenyap sifat itu...
Maka musnahlah peradaban 1000 tahun...
Hancurlah pembangunan zaman berzaman...
Maka kerana sifat malumu itu...
Ingin aku menyuntingmu...

Wahai makhluk Tuhan untukku...
Pesan guruku..
"Carilah wanita yang berilmu agama...
 Baik pekerti...
 Aqidah yang sejati...
 Adab yang tinggi...
 Maka itulah ketua bidadarimu..."
Dengan sebab itulah wahai isteriku...
Ku lamarmu...
Ku nikahi dirimu...

Wahai teman hidupku...
Sedarilah dikau...
ALLAH itu Tuhanmu...
Selain darinya bukan Tuhan...
Aku bukan Tuhanmu...
Maka taatilah aku selagi benar aqidahku...
Bukan ku pinta itu...
Melainkan ketaatan kepada perintah Tuhan...
Yang menemukan kita...

Wahai cintaku...
Cintailah DIA..Tuhanmu itu...
Kemudian cintailah Rasulallah...nabi yang mulia....
Kemudian barulah kau cintai aku...
Dan aku jua mencintaimu...
Bercintalah kerana Tuhan...
Membencilah kerana Tuhan...
Cintaku padamu kerana ku mencintai ALLAH dan rasul...
Setelah ku menilik agama padamu...

Wahai isteriku...
Dalamilah ilmu agamamu....
Pertama...
Kukuhkan aqidahmu...
Pelajarilah ilmu tauhid...
Dari guru yang bersih aqidah...
Agar benar peganganmu sepanjang hayat...
Kedua...
Setelah keyakinanmu pada ALLAH...
Pelajarilah ilmu feqah...
Untuk menyempurnakan ibadatmu...
Bukti penyembahan semata-mata kepadaNya...
Ketiga...
Pelajarilah ilmu tasawuf...
Kerana dengannya kau dapat mengetahui...
Adab dan kaedah beribadat...
Supaya semua ibadatmu ikhlas...
Dan hatimu hanya mengharap padaNya...

Wahai bidadariku...
Aku juga sedang menghadapi semua itu...
Janganlah engkau gentar wahai isteriku...
Dunia ini bukanlah tempat berseronok bagi kekasihNya...
Maka bersamalah kita teguhkan taqwa dan keimanan...
Semoga kau dan aku...
Bertemu di negeri yang abadi...
Berkasih dengan Tuhan Yang Pengasih...
Bernaung dibawah rahmat kasih sayangNya....

No comments:

Post a Comment